Saturday, April 3, 2010

VHM Logo merupakan lambang Kualiti


Logo merupakan lambang kualiti vang dianugerahkan kepada loji-loji pemprosesan hasilan ternakan di bawah Program Pemeriksaan dan Akreditasi Veterinar Jabatan Perkhidmatan Haiwan, Kementerian Pertanian Malaysia. Logo juga menandakan bahawa loji-loji berkenaan telah akur sepenuhnya kepada syarat Keperluan Piawaian Minima "Hygiene and Sanitation", "Quality Assurance and Food Safety" yang ditetapkan oleh JPH dan dipastikan melalui proses pemeriksaan loji dengan penekanan kepada "Food Safety and Quality System" serta "Good Manufacturing Practice Programs".




Loji-loji yang telah diakreditasi dan dianugerahkan Logo VHM dibenarkan mencetak logo di label atau pembungkus produk yang didaftarkan sahaja untuk mendapat dan mewujudkan keyakinan pengguna ke atas keselamatan produk dan dijadikan sebagai kaedah penggalak pemasaran. Banyak faedah lain boleh diperolehi di bawah program akreditasi ini. Di peringkat jabatan, permohonan sijil-sijil veterinar (Veterinary Certificates) oleh pengeluar produk hasilan ternakan untuk eksport dapat segera diproses.



Pengeluaran sijil-sijil veterinar yang segera berlandaskan peruntukan "Animal Rules 1962", membolehkan pemproses akur kepada syarat keperluan mandatori yang dikenakan oleh negara pengimport dan merancang program eksport mereka dengan lebih berkesan lagi.

Pra Syarat Untuk Food Safety Sistem

Untuk mendapat persijilan Veterinary Health Mark (VHM), Malaysia pra-syaratnya adalah;- loji hendaklah terlebih dahulu telah menjalankan sistem HACCP selama sekurang-kurangnya sebulan.  Untuk keterangan lanjut sila layari laman web. http://www.dvs.gov.my/ bahagian kepastian kualiti.